Tuesday, October 21, 2008

Mencetak Baju Sendiri (silk screen printing)


Ari ni saya ingin memberitahu cara mencetak logo atau apa sahaja yang diigini dibaju anda...
kerana kos bagi mencetak baju adalah mahal tambahan pula jika anda ingin mencetak sehelai baju, harga yang akan dikenakan bagi sehelai baju adalah RM30 atau lebih...



kelebihan::.



  1. boleh buat berulang kali sehingga abis bahan :p

  2. buat duit sampingan RM+++

  3. design sendiri

  4. warna suka hati

kekurangan::.



  1. beli bahan (permulaan) mahal ckit.:p

  2. suppliers kurang..

  3. jadi lain sebab x pengalaman :p

Bahan-bahan yang diperlukan (cam masak la plak):~



  1. Silk ScreenRubber dye/ink *fabric dye boleh jugak tp x berapa lawa ler (x timbul)

  2. squeegee (penarik)

  3. Photo emulsion

  4. Silk Screen (kain nylon /kain saring ye la kut)

  5. software untuk design illustrator atau paint pun boleh :p

langkah-langkah:~



  1. design logo atau gambar - pastikan warna hitam dan putih ... pastikan design d print pada plastik a4 atau kertas A4.. (kertas= kena potong yg mana x nak.. plastik= xyah buat aper2)(design=hitam bg=putih)

  2. sapukan emulsion pada silk screen kemudian keringkan didalam bilik gelap... x kisahlah bilik atau aper janji gelap :p

  3. setelah kering ambil design td letakkan pada silk screen tersebut dan dedahkan pada cahaya lbh kurang 1/2jam kut...

  4. seleapas 1/2 jam lalukan air pada silk screen tersebut dan design akan tertanggal dan yang terkena cahaya akan tinggal disitu...:p

  5. dah ble print da yeaaaaa....cara nak print lak letak silk screen kat baju kemudian letakkan rubber dye atau fabric dye kat tempat yg tiada design dengan menggunakan Squeegee tarik dye tersebut kebawah secara perlahan dan pastikan warna kena pada semua tempat design (yg ingin diwarnakan)

  6. tarik lagi sekali dengan mengenakan tekanan sedikit padanya..dan angkat silk screen tersebut dah siap.....

  7. pastikan bajau kering dahulu sebelum menggunakannya...:p

p/s gunakan warna hitam dan putih sbg permulaan p/s klu mals pegi jer kat cetakbaju .com
senang :p
selamat mencuba



kalau guna plastik http://www.youtube.com/watch?v=Ee_8IMx0uMo
klu guna kertas http://www.youtube.com/watch?v=fwJfIms4Vq4
p/s letih jer taip huhu :(

7 comments:

garas said...

post yg bernas dan sukar dicari kat mana2 pusat info tidak berbayar..
terima kasih bro..saya amat menghargainya..

Noh Abdul Hadi said...

askom bro...
sya minat r t shirt printing neh tp nak tau lebih mendlam...leh kontek saya x???
0132156353

kamalmasrun said...

salam dude,
aku ske post kau, aku dah pon buat sendri sebelum ni, tapi aku tatau camna nak print atas baju itam, selama ni aku pakai rubber dye (yang tak pernah naik pon tak atas baju itam!!) atau floating white (yang buat design crack lepas basuh), kalu kau bleh bagitau solution lain untuk print atas hitam/kaler tshirt, selain buat coat putih n guna rubber dye untuk 2nd layer (sedih siol tak dapat print atas baju itam :( )

sarip said...

salam bro...mana nak dpt semua bahan2 yg nak buat ni eh??
nyway,ilmu anda semakin bertambah krn berkongsi ilmu yg sedia ada dgn semua..tahniah bro.. :D

hadi said...

bgus2...mmg susah nak dapat info ni...

admin said...

salam.info yang sangat bagus.
nak tanya, kat mana nk carik eksoseri @ bahan2 nak buat printing ni?

Madani PrintingServices said...

Tempah T-shirt Murah.

madaniprintingservices.blogspot.com
facebook.com/madaniprintingservicesMPS.

Tengah promosi pembukaan ni. Seriously murah. Quality dijamin insyaAllah. ^^

0127009605